Para pemimpin UNMO telah membuat satu fitnah yang tidak masuk akal dimana mereka telah menuduh Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat orang melayu. Bagi saya, barang sesiapa yang menuduh orang lain penghkianat, dialah yang pengkhiakianat yang terbesar sekali. Perkara marah orang lain dengan tujuan menyingung perasaan seseorang bukan cara kita patut berpolitik. Di Negara maju seperti di Eropah dan Amerika, kita belum lagi pernah mendengar ahli ahli politik menuduh antara sama sendiri mereka sebagai pengkhianat ataupun mengunakan kata kata kesat keatas seseorang. Bagi menuduh Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat menunjuk begitu rendah mentality atau daya pemikiran mereka itu. Ini juga menunjuk mereka mempunyai pemikiran yang sempit dan boleh meracunkan pemikiran rakyat dan menyebab keteganggan dalam Negara kita. Sepatunya mereka itu perlu ditangkap oleh polis bagi tujuan meredakan keadaan dan perlu didakwa didalam mahkamah di bawah Akta Hasutan kerana mereka telah membangkitkan isu yang amat sensitif kerana telah menghasut rakyat Malaysia membenci antara satu sama lain dengan melempar kata kata yang kesat antara diri mereka.
Para pemimipin UMNO yang diamanahkan oleh rakyat sepatutnya mencari jalan untuk mengatasi ketidakpuashati rakyat terhadap parti yang terbesar itu. UMNO pada masa kini telah dilihat sebagai parti yang merosakkan perpaduan rakyat. Bagi rakyat yang berbangsa melayu, mereka sepatutnya berpayung dibawah UMNO. Pada zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, jelas sekali kaum melayu teguh sekali menyokong UMNO. Tetapi sekarang kaum melayu telah berubah kerana UMNO tidak lagi dilihat melindungi hak hak orang melayu dan juga tidak melindungi hak hak Negara yang berbilang kaum. UMNO yang pada masa kini hanya mampu dan mahu melindungi hak hak segilintir orang melayu yang berkuasa sehaja. Bagi orang melayu yang mempunyai pemikiran yang adil dan yang saling menghormati bangsa lain di Negara ini telah putus harapan keatas UMNO dan dengan itu telah menyeratai parti parti politik yang lain. Pada masa kini kita telah dapat lihat begitu ramai masyarakat melayu menyertai PKR yang dipimipin oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan PAS. Begitu juga bilangan kaum melayu yang meyertai DAP juga sekian meningkat.
Jelas sekali UMNOlah yang perlu dipersalahkan kerana telah mengipaskan isu isu yang memecahbelahkan kaum melayu sendiri.
Para pemimpin UMNO sebenarnya telah mengkhianat amanah rakyat dengan skandal penyelewanggan dana awam berbillion ringgit diatas nama komissen pembelian senjata, jet dan kapal selam, mengaut saham, kontrak dan lesen yang diperuntukkan kepada kaum bumiputera. Mereka telah dengan cara pengkhianatan mereka telah memperuntukkan hak hak keistimewaan bumiputera ini kepada ahli ahli keluarga dan kroni mereka sahaja. Ini telah menyebabakkan kaum dayak di Sarawak dipinggirkan kerana mereka tidak mempunyai apa apa perhubungan dengan UMNO. Begitu juga kaum melayu Sarawak juga telah dipinggirkan kerana tidak ada apa apa perhubungan dengan UMNO. Bagi kaum dayak dan melayu yang dapat habuk hak keistimewaan ini adalah mereka yang terdekat sekali dengan pucuk kepimipinan PBB.
Kita juga jangan lupa bahawa pemimpin UMNOlah yang menghina institusi Raja-Raja Melayu pada 1983 dan 1993.
Para pemimpin UMNO juga perlu mengetahui kebanyakkan orang Kelantan ialah orang melayu, tetapi, para pemimipin UMNO dengan enggan membayar tuntutan royalti minyak bagi negeri itu. Ini menunjukkan para pemimpin UMNO yang berkuasa telah mengkhianati orang melayu di negeri Kelantan itu.
Polisi yang dikeluarkan oleh pemimpin UMNO juga membuat para remaja bangsa melayu menderita sekarang kerana kebanyakkan mereka sekarang tidak pandai berbahasa English. Ini menyebabkan mereka itu sukar mendapat pekerjaan disektor awam dan juga diluar negara. Dengan perasaan marah dan “frustration” kerana tidak dapat perkerjaan yang sempurna mereka telah membuang masa sehaja menyertai mat rempit, melepak di tempat membeli belah dan juga menjadi pengedar dadah dan juga terlibat dalam jenayah. Ini adalah hadiah yang paling zalim dan pengkhianatan yang terbesar sekali yang diberi oleh para pemimipin UMNO kepada kaum orang melayu.
No comments:
Post a Comment